Panorama Wisata Indonesia News: BAHAYA JIKA TIDAK MENGENAL ALLAH

DISTRIBUTOR COMPUTER, LAPTOP AND ACCESSORIES

HOME........PRODUCT........PROFILE........CONTACT

Sunday, 20 April 2014

BAHAYA JIKA TIDAK MENGENAL ALLAH

BAHAYA JIKA TIDAK MENGENAL ALLAH Penduduk sebuah kampung hendak mengadakan kenduri. Mereka bercadang untuk menyembelih empat ekor kerbau. Masalahnya, kerbau-kerbau itu dilepaskan hidup secara liar di dalam hutan. Beratus ekor tinggal di hutan itu. Pendek kata, masuk-masuk hutan saja akan terus terjumpa kerbau. Mereka bersepakat mengerahkan empat orang pemuda yang diajar menggunakan senapang berpeluru pelali untuk mendapatkan kerbau-kerbau itu. Keempat-empat pemuda ini dberi masa dua puluh empat jam sahaja. Siapa yang paling awal berjaya melalikan kerbau, akan dapat hadiah istimewa. Pemuda A mengambil senapang lalu terus pergi entah ke mana dalam keadaan dia tidak tahupun binatang apa yang penduduk kampung mahu, di mana lokasinya dan bagaimana sifat-sifatnya serta apa sifat-sifat yang mustahil bagi seekor kerbau. Dapatkah dia membawa pulang kerbau yang dimaksudkan? 99.99% pasti dia tidak akan dapat kerbau kerana dia tidak tahu pun binatang apa yang dimaksudkan oleh penduduk kampung. Setelah sehari semalam berjalan baru dia terperasan, “Eh, orang kampung suruh aku tembak binatang apa ya?” Rakannya Pemuda B tahu penduduk kampung mahukan seekor binatang bernama kerbau dan dia tahu binatang itu tinggal liar di dalam hutan. Masalahnya, dia tidak pernah melihat, tidak pernah tahu dan tidak pernah belajar bagaimana rupa dan sifat-sifat kerbau. Yang dia tahu, ada binatang bernama kerbau dan binatang itu tinggal di dalam hutan. Itu saja. Ada kemungkinan tak dia akan dapat menembak kerbau? Besar kemungkinan tidak kerana dia tidak pernah tahu kerbau itu bagaimana. Boleh jadi dia akan menembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau. Ini ilmu peringkat TAHU. Pemuda C pula, walaupun tidak pernah melihat kerbau tetapi ada belajar tentang sifat-sifat kerbau. Diketahuinya kerbau itu berkaki empat, bersuara menguak, mendengar dan bertelinga, bertanduk, biasanya berwarna kelabu, suka berkubang, badannya besar, bentuknya macam lembu, melihat dan matanya besar, ada ekor dan sebagainya. Sifat-sifat mustahil bagi kerbau pun diketahuinya iaitu mustahil rupa kerbau itu seperti kucing, mustahil bersuara seperti manusia, mustahil boleh terbang, mustahil boleh memanjat pokok, mustahil berdiri di atas satu kaki dan sebagainya. Bagaimana? Ada kemungkinan tak Pemuda C akan memperolehi seekor kerbau? Ya, tentu. Kemungkinan besar dia akan menembak kerbau dan bukannya binatang-binatang lain. Ini ilmu peringkat KENAL. Pemuda D pula sudah ‘menyaksikan’ kerbau sedari kecil. Dia sendiri membela beberapa ekor kerbau di rumahnya. Setiap hari dia ‘berinteraksi’ dengan kerbau-kerbaunya. Dimandikannya, diberus badan, ditunggangnya di sawah, diubatnya jika ada penyakit ataupun tercedera, dipeluk dan sebagainya. Ariflah dia akan hal ehwal hamba Allah yang bernama kerbau itu. Bagaimana? Ada kemungkinankah dia mendapat seekor kerbau di hutan itu? Pasti! Pasti jika tiada apa-apa aral lain yang melintang. Betul tak? Ini ilmu peringkat FAHAM ataupun MENYAKSIKAN. Ringkasnya: Pemuda A pasti tidak dapat kerbau. Pemuda B kemungkinan besar tidak dapat kerbau. Pemuda C kemungkinan besar dapat kerbau. Pemuda D pasti dapat kerbau. Contoh ini kita hendak gunakan untuk memahami betapa pentingnya tahu Allah, kenal Allah dan faham Allah. Pemuda Alif tidak tahu apa itu ‘Tuhan’, tidak tahupun Tuhan itu memang wujud. Adakah dia menyembah Tuhan selama hari ini? Pasti dia tidak menyembah Tuhan bahkan tidak menyembah apa-apa, sebab dia tidak tahupun yang Tuhan itu memang wujud. Sampai bila-bila pun dia tidak akan mendapat Allah. Samalah seperti Pemuda A tadi. Sampai bila-bila pun dia tidak akan mendapat kerbau kecualilah dia belajar tentang kerbau ataupun menyaksikan sendiri rupa kerbau. Inilah risiko yang dihadapi oleh mereka yang tidak pernah ambil tahu tentang Tuhan, tidak pernah belajar agama kerana mereka tidak pernah TAHU, KENAL dan FAHAM Tuhan. Pemuda Ba pula tahu Tuhan itu ada dan nama bagi Tuhan ialah Allah. Itu saja yang diketahuinya. Dia tidak tahupun sifat-sifat Tuhan ada tidak tahu juga sifat-sifat yang mustahil bagi Tuhan. Adakah B menyembah Allah selama hari ini? Belum tentu! Ada kemungkinan dia tersembah selain daripada Allah yang disangkakannya sebagai Tuhan. Samalah nasibnya macam Pemuda B tadi yang mngkin tertembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau. Hal inilah yang kita takut! Inilah risiko yang dihadapi oleh mereka yang belajar setakat Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah sahaja. Mereka hanya tahu ‘Tuhan itu ada” dan ‘Tuhan yang sebenar ialah Allah”. Itu saja. Mereka tidak tahu apa sifat-sifat Tuhan dan apa sifat-sifat yang mustahil bagi-Nya, ringkasnya mereka tidak belajar Sifat 20 ataupun ilmu yang setara dengannya. Ada kemungkinan mereka akan tersembah selain Allah, sama ada tersembah makhluk ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Ringkasnya, boleh jadi mereka tidak mengEsakan Allah yang menjadikan tauhid mereka rosak. Ini kerana mereka TIDAK KENAL dan TIDAK FAHAM Tuhan, hanya setakat TAHU Tuhan sahaja. Pemuda Ta tahu Tuhan itu ada dan nama bagi Tuhan ialah Allah, sama seperti Pemuda Ba. Selain itu dia juga pernah belajar dan faham Allah itu bagaimana. Diketahuinya apa sifat-sifat bagi Allah dan apa sifat-sifat yang msutahil bagi Allah. Ringkasnya, dia belajar dan khatam ilmu Sifat 20 ataupun yang setara dengannya. Adakah dia menyembah Allah selama hari ini? Ya, kemungkinan besar dia menyembah Allah, iaitu Tuhan yang sebenar. Sangat kecil risikonya untuk dia tersembah selain daripada Allah. Samalah seperti Pemuda C tadi. Hampir-hampir mustahil Pemuda C akan tertembak selain daripada kerbau. Hampir-hampir mustahil juga Pemuda Ta akan tersembah selain daripada Allah, sama ada tersembah makhluk ataupun tersembah Allah yang bersekutu dengan makhluk. Orang jenis ini ialah mereka yang sudah menguasai ilmu Sifat 20 ataupun yang setara dengannya. Ringkasnya, tauhid orang yang menguasai Sifat 20 adalah lebih selamat daripada tauhid mereka yang belajar Tauhid Uluhiyyah sahaja. Ini kerana mereka sudah TAHU dan KENAL Tuhan, c uma belum MENYAKSIKAN-NYA (FAHAM) saja lagi. Pemuda Tha seorang yang ‘ahli’ dalam tasauf dan Ilmu Hakikat. Dia ‘menyaksikan’ sendiri Allah. Adakah dia menyembah Allah selama hari ini? Pasti! Ada kemungkinankah dia tersembah selain daripada Allah? Mustahil! Samalah seperti mustahilnya Pemuda D tersalah tembak selain daripada kerbau. Setiap hari dia bergelumang dengan kerbau, mustahil dia akan sengaja menembak tupai, beruang, kumbang, kala jengking, landak dan sebagainya yang disangkakannya kerbau. Orang jenis ini ialah mereka yang sudah menguasai Ilmu Hakikat (kita tidak maksudkan ilmu hakikat yang sesat). Mereka TAHU, KENAL dan FAHAM (menyaksikan) Tuhan. Ini peringkat paling selamat. Kita beri contoh lagi supaya betul-betul faham. Empat pemuda Orang Asli hendak pergi berburu ke sebuah lembah. Tok Batin maklumkan kepada mereka bahawa di lembah itu ada tuhan mereka iaitu sebatang pokok cengal daripada sepuluh batang pokok cengal. Pokok cengal yang menjadi tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua sekali. Sesiapa yang pergi ke sana mestilah menyembah dan sujud sebanyak tujuh kali kepada tuhan mereka itu. Pemuda pertama datang lewat dan tidak sempat mendengar penerangan Tok Batin. Apabila dia tiba di lembah itu, adakah dia akan menyembah apa-apa? Tentu tidak sebab dia tidak tahupun di lembah itu ada tuhan mereka dan tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua. Pemuda ini TIDAK TAHU, TIDAK KENAL dan TIDAK FAHAM,. Pemuda kedua tahu di lembah itu ada tuhan mereka dan tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua. Malangnya dia tidak tahu yang mana satu pokok cengal, apakah sifat-sifat pokok cengal dan apakah sifat-sifat yang mustahil bagi pokok cengal. Apabila dia tiba di lembah itu, pastikah dia bersujud kepada tuhan mereka iaitu pokok cengal yang paling tua? Besar kemungkinannya dia akan bersujud kepada selain pokok cengal. Jika dia bersujud kepada pokok cengal pun, kemungkinan besar dia sujud kepada pokok cengal yang bukan tuhan mereka. Pemuda ini sekadar tahu tuhan mereka ada dan tuhan mereka ialah pokok cengal yang tertua di lembah itu. Samalah dengan orang yang belajar Tauhid Uluhiyyah- dia tahu Tuhan itu ada dan Tuhan yang sebenar ialah Tuhan yang Ilah iaitu Allah. Ini ilmu peringkat TAHU. Pemuda ketiga tidak pernah melihat pokok cengal, namun begitu dia pernah belajar sifat-sifat pokok cengal dan sifat-sifat yang mustahil bagi pokok cengal. Oleh kerana dia tahu sifat-sifat pokok cengal, tahulah dia bagaimana keadaan pokok yang lebih muda dan keadaan pokok yang lebih tua. Sampai di lembah itu, berjayakah dia bersujud kepada tuhan mereka iaitu pokok cengal yang paling tua? Kemungkinan besar dia akan berjaya. Pemuda ini tahu membezakan antara Tuhan yang sebenar dengan yang lain. Samalah dengan orang yang belajar dan menguasai Sifat 20 ataupun ilmu yang setara dengannya. Ini ilmu peringkat KENAL. Pemuda keempat pula sudah menyaksikan sendiri pokok cengal tertua yang menjadi tuhan mereka itu. Setiap hari dia melalui lembah itu untuk mencari madu dan petai. Dapatkah dia bersujud kepada tuhan mereka? Sudah tentu! Adakah dia akan tersilap sembah dengan bersujud kepada pokok-pokok lain? Mustahil. Ini ilmu peringkat FAHAM atau MENYAKSIKAN Artinya:”Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, sebab damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan brtakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”. (Q.S. Al-Hujarat: 10) Artinya:”Abdullah bin Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak menganiayanya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aurat seorang muslim maka Allah akan menutupinya di hari kiamat”. (H.R. Bukhari, Muslim) Artinya:”Diriwayatkan dari Annas bin Malik ra. dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:”Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Para sahabat pun bertanya:”Ya Rasulullah, berkenaan dengan ini (seharusnya) kami menolong saudara kami yang dizalimi, dan bagaimana mungkin kami menolong saudara kami yang berbuat zalim?.”Pegang kedua tangannya.”Jawab Rasulullah. (HR. Bukhari, Muslim dan Tarmidzi) Dalam persaudaraan, hubungan persaudaraan seagama (seakidah), adakalanya lebih kuat bila dibandingkan dengan saudara-saudara sedaging. Masing-masing berusaha untuk mewujudkan kebaikan dan kebahagiaan bersama. Menentang dan menghadang bersama untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan membawa kekacauan dan kesusahan bagi saudaranya yang seakidah. Persaudaan sesame muslim tidak mengenal suku, warna kulit, turunan dan golongan, semuanya sama. Dalam pandangan Allah, yang membedakannya adalah ketakwaan. Tugas seorang muslim terhadap sesamanya adalah saling membantu, saling menasihati dan saling bahu-membahu dalam menghadapi segala kemungkinan, terutama yang membawa citra kurang baik terhadap umat Islam. Berhadapan dengan pihak luar Islam harus kompak dan bila terjadi perselisihan ke dalam harus berlapang dada dan menempuh jalan damai. Artinya:”Dan berpeganglah semua kamu kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan kamu lalu menjadikan kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Al-Imran: 103). dari Anas bin Malik t bahwasanya Rasulullah e bersabda: “ Janganlah kalian saling membenci, saling hasad (dengki), saling membelakangi. Dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak dihalalkan bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari” (Muttafaq Alaih) Hadits tersebut juga menunjukan kepada kita bahwa ikatan persaudaraan dalam Islam lebih kuat daripada ikatan nasab dan darah karena landasannya adalah iman kepada Allah. Maka tidak boleh bagi seorang muslim menjauhi saudaranya atau berpaling darinya lebih dari tiga hari selama hal itu tidak terdapat sebab yang diperbolehkan oleh agama yang diharapkan orang yang dijauhi tersebut kembali dari penyimpangan dalam agama. Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah Mengetahuinya. Dan Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Ali Imran : 29)

No comments:

Post a Comment